ayat menyambut tetamu

Assalamualaikum kepada semua pencinta kucing! Selamat datang ke BLOG KUCING CANTIK! Kedatangan anda amat dialu-alukan ^^ Rajin-rajin lah jenguk selalu blog ni ye? Kamsahamnida ^^

Thursday, October 29, 2015

Kucing Di Malaysia

JENIS-JENIS KUCING DI MALAYSIA

Hai pencinta kucing! Blog ni baru dibuat dan harap pembaca semua dapat tingkatkan view blog ni lah ^^ So, harini Mrs. H nak berkongsi maklumat tentang haiwan kesayangan Nabi Muhammad kita ^^



Baiklah, sebagai permulaan, Mrs. H nak berikan sedikit fakta mengenai kucing. Kucing merupakan antara salah satu haiwan peliharaan yang paling banyak diminati. Seperti yang semua tahu, sebab kucing dipelihara sebagai haiwan peliharaan adalah kerana kucing adalah sahabat yang setia, penyayang, happy ever after dan banyak lagi sifat baik yang ada dalam diri setiap kucing. Jadi, di sini akan diberikan beberapa jenis kucing yang terdapat di Malaysia. Carry on!

KUCING YANG BIASA DITEMUI :


 American Shorthair

Image result for american shorthair cat   

Baka American Shorthair mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, padat, berotot dan kuat. Bulunya pendek, padat dan tebal. Warna bulunya terdiri dari pelbagai dan bercorak dua.


BALINESE

Image result for BALINESE cat

Baka Balinese adalah seperti gabungan baka Siamese yang ditambahkan dengan bulu sederhana panjang dan berkilat. Badannya yang sederhana, kaki yang panjang dan ekor yang panjang. Bulunya yang sederhana panjang dan lembut mempunyai pelbagai warna berbucu seperti baka Siamese.


BENGAL

Image result for bengal cat

Baka Bengal mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, berkilat, berotot dengan bahagian belakang yang tinggi sedikit daripada bahu. baka Bengals betina secara puratanya mempunyai berat dari 7 hingga 11 paun semasa matang dan jantan secara puratanya berat dari 11 hingga 18 paun bila membesar. Bulunya yang pendek dan padat dengan rasa yang lembut, pelbagai corak dan warna serta bersinar-sinar.


BRITISH SHORTHAIR

Image result for british shorthair cat

Baka British Shorthair dianggap sebagai baka yang paling lama sekali wujud. Badannya yang sederhana, dengan bentuk padat, kuat dan seimbang. Bulunya yang pendek dan padat, datang dengan pelbagai warna, terdapat juga warna biru.


HIMALAYAN

Image result for himalayan cat

Baka Himalayan mempunyai bentuk badan yang sama dengan baka Persian dari saiz sederhana sehingga besar, kaki yang pendek, dada yang lebar dan kuat. Bulunya yang panjang dan tebal, dengan tekstur yang biasa dan berkilat dan ia juga boleh terdiri daripada pelbagai warna.


So, itu sahajalah yang dapat dikongsi setakat ini dalam blog KUCING CANTIK. Kalau nak tahu lagi fakta-fakta tentang kucing di merata dunia, rajin-rajinlah singgah di blog ni selaluya? ^^ Kamsahamnida. Assalamualaikum! Anyeong! ^^

No comments:

Post a Comment